Sunday, 22 September 2013

melangkah dengan semangat baru

Assalamualaikum.. :)
Bersyukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberikan nikmat untuk menikmati oksigen di atas muka bumi yang cukup indah ini. Bersyukur atas segala nikmat.

Esok aku akan mulakan sem 3 untuk foundation aku. Sem ni merupakan sem terakhir aku untuk foundation ni. Nanti dah nak masuk degree. Kelakar dan rasa tak percaya pulak. :D

Alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terhingga. Pointer sem 2 pun lebih baik berbanding sem 1. Qanaah dan bersyukur. Redha dengan apa yang kita dapat. Tu namanya tawakal. Kekadang ada juga terselit question marks kenapa something yang kita tak nak pun, tapi yang tu yang Allah nak bagi kan? Siapa yang tak pernah rasa kan? Setiap orang pasti pernah lalui benda kan? Macam tu jugak dengan aku. Dalam surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud mungkin yang kita tak suka,adalah yang bagi kita,manakala yang kita suka,adalah buruk bagi kita, sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Mungkin Dia tak bagi tu bermakna tak terus. Tapi belum masanya untuk kita. Allah menangguh permintaan kita kerana Dia suka mendengar rintihan kita. Mungkin kalau Dia bagi kita kufur dengan nikmatNya. Bersangka baiklah denganNya. Tuhan yang adil lagi maha mengetahui.

oklah. Rasanya setakat ni saja yang aku boleh share. InshaAllah kalau diberikan kelapangan waktu dan mood yang rasa hendak menulis akan ku coretkan buat kalian. Memandangkan sem ni setiap malam aku ada kelas akan ku cuba mencuri masa nak contengkan something di sini. Something is bettre than nothing, right? Akhir kalam selamat malam dan selamat menjadi mukmin dan mukminah yang soleh dan solehah! :)

Sekian.. :)

No comments:

Post a Comment