Sunday, 22 September 2013

melangkah dengan semangat baru

Assalamualaikum.. :)
Bersyukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberikan nikmat untuk menikmati oksigen di atas muka bumi yang cukup indah ini. Bersyukur atas segala nikmat.

Esok aku akan mulakan sem 3 untuk foundation aku. Sem ni merupakan sem terakhir aku untuk foundation ni. Nanti dah nak masuk degree. Kelakar dan rasa tak percaya pulak. :D

Alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terhingga. Pointer sem 2 pun lebih baik berbanding sem 1. Qanaah dan bersyukur. Redha dengan apa yang kita dapat. Tu namanya tawakal. Kekadang ada juga terselit question marks kenapa something yang kita tak nak pun, tapi yang tu yang Allah nak bagi kan? Siapa yang tak pernah rasa kan? Setiap orang pasti pernah lalui benda kan? Macam tu jugak dengan aku. Dalam surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud mungkin yang kita tak suka,adalah yang bagi kita,manakala yang kita suka,adalah buruk bagi kita, sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Mungkin Dia tak bagi tu bermakna tak terus. Tapi belum masanya untuk kita. Allah menangguh permintaan kita kerana Dia suka mendengar rintihan kita. Mungkin kalau Dia bagi kita kufur dengan nikmatNya. Bersangka baiklah denganNya. Tuhan yang adil lagi maha mengetahui.

oklah. Rasanya setakat ni saja yang aku boleh share. InshaAllah kalau diberikan kelapangan waktu dan mood yang rasa hendak menulis akan ku coretkan buat kalian. Memandangkan sem ni setiap malam aku ada kelas akan ku cuba mencuri masa nak contengkan something di sini. Something is bettre than nothing, right? Akhir kalam selamat malam dan selamat menjadi mukmin dan mukminah yang soleh dan solehah! :)

Sekian.. :)

Saturday, 15 June 2013

KISAH SAYA :)


Selamat malam semua.

Dah lama sebenarnya tinggal aktiviti menulis blog ni. Tiba-tiba rasa rajin nak up date blog yang sekian lama diignorekan. Sebenarnya aku bukan tahu sangat benda-benda macam ni. Cuma nak release tension apa yang aku belajar kat sini. Hari-hari belajar kat sini, otak aku dah macam circuit. Sebenarnya aku tak minat dengan course aku belajar sekarang. Sangat tak kena dengan jiwa aku. Tapi parents aku memang hope aku stay kat sini. InsyaAllah ada hikmah semua ni. Trust HIM. Boleh kata semua offer yang aku dapat semua aku tolak. Firstly Matrikulasi Perak, memang awal-awal mak aku tak bagi. Interview IPG pun mak aku tak bagi. And last but not least UIAM pun tolak tepi. Sudahlah course aku dapat tu memang aku minat.Pasti semua ni ada hikmahnya.Restu mak ayah tu penting kan?

So kawan-kawan yang mana rasa macam mana aku rasa, hampa kena yakin semua ni dah diatur. And Allah is the best for us for everything. Pray HIM for our best. :) Merealisasikan impian di masa hadapan. Pray me!

SEKIAN :) AO

Tuesday, 26 March 2013

spm 2013

ASSALAMMUALAIKUM

Aku baru je habis SPM tahun lepas.Result pun dah dapat.Korang tahu bila result aku keluar?
21 Mac 2013.Tarikh yang akan ku ingat.InsyaAllah.Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak kan? Ada sorang senior aku pernah pesan.Kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat.Kepada yang mengenali diri ini.Aku nak ucap tahniah dekat semua yang dapat straight A's dan yang berjaya melepasi spm.Yang lain-lain tahniah jugak.Yang penting kita dah usaha kan?Apa yang kita dapat, kita kena bersyukur dan redha.Betul tak?

Lagipun aku dah masuk U dah time result keluar.Bersyukur dan qanaah dengan apa yang kita dapat. Mudah-mudahan diberkati.

Oklah.. Dah lewat. May Allah bless! Jadikan insan yang berguna untuk agama.bangsa dan negara. Akhir kalam..

sekian AO :)